BANGI – Setelah tular 24 jam sehingga menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak setempat, penganjur pertandingan fotografi bikini akhirnya membatalkan program kontroversi berkenaan.
Menurut seorang pegawai acara syarikat Icreative Event, Charyl Ng yang dipetik portal MalaysiaKini, mereka terpaksa akur dan membatalkan pertandingan tersebut “atas sebab-sebab dalaman” yang tidak dapat dinyatakan.
“Dengan rasa dukacita, kami perlu membatalkan acara berkenaan dan ia dilakukan sebab masalah dalaman. Kami bagaimanapun tidak boleh beritahu buat masa ini,” kata beliau secara ringkas ketika dihubungi hari ini.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat dilapor membantah penganjuran pertandingan melibatkan supermodel antarabangsa di Bangi Wonderland Theme Park and Resort di Bangi Avenue pada 19 Februari ini.
Yang Dipertuanya, Mohd. Noor Azib Asmangi dilaporkan portal Ismaweb sebagai berkata bahawa penganjuran program tersebut jelas sengaja mencabar sensitiviti penduduk Bangi yang kebanyakannya beragama Islam.
Malah, kata beliau, ia tidak selari dengan slogan “Bangi Bandar Berilmu” yang dilaungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Bangi, Ustaz Shafie Ngah dan menjadikan kehidupan Islam sebagai teras penduduknya.
“Program seperti ini perlu dibatalkan sebagai menghormati penduduk yang majoritinya ialah Melayu Islam. Pihak ISMA sendiri menolak sekeras-kerasnya penganjuran program yang tidak memberi manfaat kepada umat Islam.
“Penganjurnya memang mempromosikan program-program yang berbentuk sosial serta tidak bermoral secara terbuka sebegini,” kata Mohd. Noor Azib sekali gus menggesa penduduk bersama-sama membantah program itu.
ISMA turut akan berhubung dengan persatuan penduduk setempat terutama di Bangi Avenue, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra dan Bukit Mahkota untuk membincangkan usaha mengeluarkan petisyen bantahan bersama.
Pemuda PAS Kawasan Serdang menerusi ketuanya, Rosli Jusoh dilaporkan turut membantah keras penganjuran program dedah aurat itu yang dikatakan “tidak membawa sebarang faedah terhadap masyarakat setempat”.
Justeru beliau menyeru pihak berkuasa menggunakan peruntukan undang-undang bagi menghalang acara itu serta menyeru bantahan awam dibuat terhadapnya. Acara itu bakal diadakan di sebuah taman tema air baharu dibuka.
Pemenang pertandingan foto bikini itu akan meraih wang tunai RM500, trofi dan tiket masuk acara makan malam gala program itu yang bernilai RM300 setiap kerusi sehingga RM10,000 semeja. – Agensi