CYBERJAYA – Pertubuhan pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di negara ini perlu bekerjasama dengan universiti dalam menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memperkasakan perubatan itu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kajian klinikal ke atas ubat mereka seperti yang dijalankan dalam perubatan moden perlu dilakukan dan tidak semestinya bergantung kepada testimoni pengguna untuk meyakinkan orang ramai.
“Dalam hal ini, saya sarankan mereka (pertubuhan pengamal PTK) supaya keluarkan SOP berdasarkan kajian mengenai ubat-ubat mereka.
“Dengan ini ubat-ubat mereka juga boleh dijual di negara lain sebagai perubatan alternatif kerana sudah ada standard,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Pemerkasaan Perubatan Tradisional Melayu 2017 di sini semalam.
Seminar anjuran Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradsional Melayu Malaysia (Gapera) dengan kerjasama Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dihadiri lebih 400 pengamal PTK dari seluruh negara.
Dr Hilmi berkata Malaysia adalah antara negara terawal yang memperkenalkan akta mengenai PTK iaitu Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) yang dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2016 bagi mengawal selia amalan dan pengamal PTK.
Mesyuarat Majlis PTK yang pertama diadakan pada 16 Jan lepas menyerlahkan kepentingan mengawal selia amalan serta pengamal PTK berlandaskan kriteria tertentu yang memberi fokus utama kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti rawatan serta amalan.
Menurutnya ketika ini PTK turut ditawarkan di 14 hospital kerajaan di negara ini antaranya Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang; Hospital Putrajaya; dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Ia melibatkan enam jenis rawatan iaitu akupunktur, rawatan selepas bersalin, terapi herba sebagai rawatan sampingan untuk pesakit kanser, urutan tradisional Melayu, rawatan tradisional India Shirodhara serta Terapi Basti Luaran,” katanya.
Dr Hilmi berkata kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2014 menunjukkan terdapat 4,975 pengamal PTK di negara ini dan dengan senario semasa, jumlah itu dianggarkan meningkat kepada 6,000 ketika ini. – BERNAMA