DI SEBALIK Kegembiraan penyokong dan pasukan Kedah berikutan kemenangan 4-2 ke atas Kuala Lumpur, lain pula yang dirasai Ketua Jurulatih skuad hijau kuning, Tan Cheng Hoe dalam aksi Piala FA di Stadium Darul Aman pada Selasa malam.
Sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan aksi pemain Kedah, Cheng Hoe ternyata sedikit kecewa dengan kelekaan barisan pertahanan yang menghadiahkan dua gol mudah kepada lawan dalam permainan berkenaan.
Menurutnya, walaupun berpuas hati dengan aksi keseluruhan pemain Kedah namun jaringan lawan seakan memberi mesej baru terhadap keampuhan benteng pertahanan.
"Saya memuji persembahan pemain kita yang berjaya mengawal permainan walaupun tanpa tiga pemain utama yang direhatkan untuk perlawanan ini, mereka bermain dengan baik sejak awal.
"Kita dapat menjaringkan tiga gol dan mengawal babak pertama dengan baik. Pemain telah berusaha mencipta banyak peluang.
"Tetapi akibat sedikit kelekaan, kita telah dihukum dengan dua gol. Ini agak mengecewakan kerana ia tidak sepatutnya berlaku.
"Bagaimanapun secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan dan kerjasama yang ditunjukkan pemain dalam mendapatkan kemenangan," katanya.
Beliau menambah, berikutan kelakaan dan kesilapan yang berlaku, pemain diharap dapat memperbaiki persembahan mereka jika ingin mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Malaysia setakat ini.
Cheng Hoe selain itu turut memuji aksi Farhan Roslan yang berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik serta menjaringkan gol-gol kememangan untuk Kedah.
Menurutnya, pemain yang digelar 'Messi' Kedah itu telah mendapat keyakinan dan berjaya meningkatkan moral untuk beraksi dengan lebih matang di posisinya.
"Saya harap Farhan dapat mengekalkan rentaknya untuk perlawanan akan datang dan terus merebut tempat dalam kesebelasan utama.
"Peluang yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk terus mencipta gol dan berjaya dalam bola sepak," ujarnya.
Sumber: mStar