Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan bertitah pada Majlis Mengadap dan Santapan Negara di Istana Negara malam Ahad. |
KUALA LUMPUR - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertitah Riyadh bersedia menyokong inisiatif Kuala Lumpur dalam membantu umat Islam yang lain.
Ini dinyatakan Raja Salman dalam ucapan pada majlis santapan negara di Istana Negara pada malam Ahad, bagi meraikan lawatan negara baginda ke Malaysia.
"Kami ingin menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi secara umumnya akan sentiasa membantu dalam apa jua perkara bagi manfaat Islam dan membantu umat Islam sejagat.
"Kami bersedia menghulurkan bantuan dan segala kekuatan yang kami miliki untuk membantu Malaysia merealisasikan apa jua usahanya dalam membantu umat Islam yang lain," titah Raja Salman.
Penjaga Dua Masjid Suci itu bertitah dalam Bahasa Arab dan kemudian diterjemah ke Bahasa Malaysia pada majlis santapan yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Majlis itu merupakan sebahagian aturcara pada hari pertama lawatan negara empat hari Raja Salman di Malaysia, lawatan sulung baginda ke negara ini sejak menaiki takhta pada 23 Januari, 2015.
Hadir pada majlis santapan negara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam pada itu, Raja Salman bertitah baginda merasa sangat berbesar hati dan berbangga dengan tahap kemajuan dan kerjasama yang dicapai dalam semua bidang antara Arab Saudi dan Malaysia.
"Kami mengharapkan agar kita dapat meneruskan kerjasama ini demi manfaat kedua-dua negara," titah baginda.
Raja Salman turut menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia atas sambutan meriah dan layanan mesra yang diberikan.
Sumber: mStar