SEORANG lelaki yang menghadapi pertuduhan merogol anak tirinya keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mendengar keputusan penghakiman terhadapnya. - Foto Nadim Bokhari |
PETRA JAYA - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penjawat awam yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas tertuduh berusia 54 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan.
Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan itu di kuarters kerajaan di Batu Lintang di sini pada 3 Januari lalu terhadap anak tirinya yang berusia 17 tahun.
Pada 25 Januari lalu, satu lagi Mahkamah Seysen di sini menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama sejak 2015.
Berikutan keputusan penghakiman hari ini, tetuduh kini perlu menjalani hukuman penjara selama 78 tahun dan 35 sebatan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh masih menghadapi tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama dengan 13 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman untuk satu pertuduhan manakala 16 Februari untuk pengurusan kes bagi dua lagi pertuduhan.
Sumber: Berita Harian