Rotavirus "Mengganas" Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong, Baling


ALOR SETAR - Seorang ibu kepada dua anak yang dijangkiti rotavirus setelah mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong, Baling minggu lalu meluahkan rasa terkejut bila mendapati tempat yang disangka boleh mengubat penyakit itu ada virus.

“Tak sangka pula tempat yang mempunyai kolam air panas ada virus dan selalunya kawasan macam tu boleh mengubat penyakit terutama penyakit kulit,” kata Yusmawati.

Kini dua anak perempuannya yang disahkan positif rotavirus itu telah dirawat di Hospital Kulim (HK) selepas tiga hari balik dari mengunjungi pusat rekreasi tersebut.

Pada ketika itu dia menganggap anaknya cuma mengalami pening kepala dan demam biasa.

"Selepas tiga hari iaitu pada Selasa malam, anak perempuan berusia lapan tahun berasa pening kepala dan demam, ketika itu dia tidak muntah atau cirit-birit," ujarnya.


Namun begitu, keesokan hari anaknya mulai mengalami masalah cirit birit dan terus dibawa ke wad kecemasan Hospital Kulim untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan positif rotavirus.

Sementara itu, seorang lagi anaknya yang berusia 15 tahun baru dimasukkan ke wad setelah mengalami muntah dan cirit birit dan keadaan dilaporkan stabil.

“Namun, keesokkan harinya anak saya mulai mengalami gejala cirit-birit dan terus membawanya ke wad kecemasan Hospital Kulim dan menjalani pemeriksaan lalu disahkan terkena jangkitan rotavirus," katanya yang tinggal di Taman Mutiara Sungai Kob, Kulim.

“Manakala seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun kelmarin, baru dimasukkan ke wad akibat muntah serta cirit-birit dan kini selepas menerima rawatan keadaaan mereka stabil,” katanya, memetik laporan myMetro.

Turut hadir Pengerusi Skuad Sayang Parlimen Padang Serai, Noraiza Abdul Rahim.

Dalam perkembangan yang sama, seorang lagi waris mangsa Anis Mohd Shukur,28, dari Taman Serai Wangi, Padang Serai berkata, dia ke pusat rekreasi terbabit akhir bulan lalu dan selepas itu terus pulang ke kampungnya di Sik.

Katanya, selepas tiga hari dia menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApps yang dihantar oleh adiknya mengenai kejadian penutupan pusat rekreasi terbabit akibat rotavirus.

“Sebelum menerima pesanan itu anak perempuan saya yang berusia empat bulan mengalami demam, namun tidak cirit birit. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga kami terus pulang ke rumah dan membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

“Syukur keadaan anak saya kini kembali pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini (semalam),” katanya.

Selain itu, Mohd Azizi Abdul Razak, 40, dari Labu Besar, dia turut berkunjung ke pusat rekreasi terbabit pada hari yang sama seperti pesakit yang lain. Seterusnya, tiga anaknya terkena jangkitan rotavirus selepas pulang ke rumah tiga hari dari pusat rekreasi terbabit.

“Hari Rabu anak perempuan saya berusia 10 tahun dimasukkan ke wad, selepas itu anak sulung lelaki berusia 11 tahun dan yang bongsu berusia 3 tahun.

“Keadaan mereka kini semakin baik selepas menerima rawatan dan yang lelaki sudah dibenarkan keluar,” katanya. - Kedahnews.com