Ruhainies Merengek Manja Berdepan Jarum Suntikan


Tidak sangka di sebalik usia 25 tahun, pelakon kecil molek Ruhainies ini rupa-rupanya masih takut dengan jarum suntikan.

Menerusi laman Instagramnya, aktres yang mempunyai iras wajah Nora Danish ini berkongsikan dua video menunjukkan gelagatnya yang takut ketika hendak disuntik jarum oleh doktor yang bertugas.

Ruhainies mengambil suntikan itu untuk melakukan ibadah umrah yang akan dilakukan tidak lama lagi bersama ahli keluarga yang lain.

Turut kelihatan dalam video itu ialah kakaknya, Nur Risteena yang juga merupakan seorang pelakon.

Saksikan babak rengekan manja Ruhainies video di bawah. – Kedahnews.com 
A video posted by @ruhainies7 on