JIANSU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah memakan 280 biji "baby crystal" yang disuap bapanya kerana menyangkakan objek tersebut adalah gula-gula.
Baby crystal tersebut dibeli ibunya kerana menyangka bebola berwarna warni itu adalah gula-gula kesukaan anaknya.
Dia kemudiannya pulang ke rumah dan menyelesaikan beberapa rutin harian kerja rumah seperti biasa.
Pada masa yang sama, suaminya yang turut berada di rumah telah menyuapkan "gula-gula" itu satu persatu ke mulut anak kecil berkenaan.
Tidak lama selepas itu, mereka mulai sedar bahawa objek itu bukan gula-gula apabila si ibu mencuba salah satu daripadanya dan ketika itu difahamkan bahawa anaknya sudah menelan sebanyak 280 biji bebola.
Dengan pantas pasangan itu membawa anak mereka ke hospital dan hasil imbasan X-ray menunjukkan bahawa objek tersebut sudah memenuhi perut anaknya.
Bagaimanapun, anak kecil itu bernasib baik kerana dia cepat dikejarkan ke hospital dan baby kristal itu masih lagi belum kembang sepenuhnya.
Doktor kemudiannya memberi kanak-kanak itu ubat untuk mengeluarkan baby crystal itu secara semulajadi.
Turut difahamkan bahawa sebanyak 200 biji dari bebola itu sudah pun keluar dan bakinya akan hilang dalam masa 24 jam. - Kedahnews.com