KUALA LUMPUR - Sembilan tahun berkecimpung dalam industri hiburan membuatkan pelakon Siti Saleha semakin bijak meletakkan 'nilai diri' selari dengan kualiti lakonan yang diberikannya.
Bagaimanapun menurut wanita kacukan Melayu-Inggeris ini, nilai yang dimaksudkannya itu tidak hanya tertumpu kepada isu bayaran sebaliknya turut merangkumi aspek pemilihan watak dan produksi.
"Saya fikir perlu (demand) kerana ia berkaitan nilai pada kerjaya. Sekurang-kurangnya kita perlu tahu harga pasaran, tapi bukan terlalu tinggi," katanya.
Saleha, 27, ditemui pada majlis kesyukuran kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan lagu temanya, Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-13 baru-baru ini.
Ditanya jika sikapnya itu akan mengundang rasa kurang senang di kalangan penerbit drama dan filem, Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum berkata ia perlu dilihat daripada sudut perkembangan kerjaya seorang pelakon.
"Sudah pasti jika mahu kekal dalam industri, demanding kedengaran agak negatif.
"Tapi ia untuk nilai diri saya, bergantung kepada projek yang akan dilakukan. Harus diingat bukan semua benda perlu demand," jelasnya.
Cerita Saleha lagi, dia pernah ditegur oleh seorang penerbit filem kerana meletakkan harga yang terlalu rendah ketika menerima tawaran berlakon.
"Saya pernah letakkan harga tertentu, tapi dia terkejut dan mengatakan saya hanya bergurau dengannya.
"Dia kata saya berhak untuk menerima bayaran yang lebih daripada apa yang saya minta. Saya berterima kasih kepada penerbit yang tahu menilai kemampuan pelakon dengan baik," katanya.
Tambah Saleha lagi, sebagai pelakon yang mementingkan karya, dia perlu bijak memilih watak dan tenaga produksi sebelum menerima sebarang tawaran.
"Saya nak kekalkan momentum dan konsisten dalam kerjaya. Saya suka dalam situasi begini, walaupun tak naik sangat, tapi pada masa sama tak tenggelam.
"Kalau naik sangat pun risau juga kerana saya perlu pertahankan kedudukan. Tapi sejujurnya buat masa ini saya berada di kedudukan yang selesa. Asalkan saya tak menghilang dan masih dalam pasaran," katanya.
Sumber: mStar