SELEBRITI yang mencetuskan kontroversi, Lindsay Lohan mengakui bimbang untuk pulang ke negara asalnya Amerika Syarikat selepas berita tentang status agamanya menjadi perhatian.
Seperti dipetik Daily Mail, pelakon filem Liz & Dick ini mengakui sedang mendalami agama Islam dan menemui kedamaian dalam proses yang dijalaninya itu.
"Saya belajar tentang Al-Quran dan ia adalah proses mempelajari sebelum saya benar-benar menukar agama.
"Saya menghargai semua agama dan Islam adalah sebuah agama yang indah.
"Itu adalah dari apa yang saya pelajari, kamu tidak boleh menukar agama hanya dengan satu malam," ujarnya dalam wawancara tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dia bimbang apa yang dilakukan itu menimbulkan kemarahan kepada rakyat Amerika Syarikat.
"Saya sangat mengagumi Islam kerana ia membawa kedamaian kepada saya namun saya takut apa yang akan terjadi jika saya pulang ke Amerika kerana hal ini," ujarnya.
Sementara itu, Lindsay turut berkata, dia merancang untuk menyakinkan Presiden Donald Trump agar berkunjung ke Syria bagi melihat nasib masyarakat di sana.
Dia juga berharap Amerika dapat membantu negara tersebut yang kini berada dalam kesusahan.
Sumber: mStar