PENGUSAHA D’Herbs, Datuk Aliff Syukri sememangnya dikenali sebagai seorang yang cukup "humble" bila mana sebelum ini beliau pernah memuat naik gambarnya sekeluarga menjamu durian di KLIA dalam keadaan bersila di lantai.
Terbaru, beliau kembali dengan video sedang memakan raja segala buah itu di dapur kediamannya.
Dengan aksi bersahaja, Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris menunjukkan gaya menjamah durian yang menjadi kegemarannya itu.
Di samping itu, beliau juga sempat mengiklankan dirinya sekiranya mana-mana pihak mahu melantiknya sebagai jurucakap atau model produk makanan mereka secara percuma.
Namun begitu, ada juga di kalangan netizen mempertikaikan penggunaan tangan kiri yang digunakan Aliff ketika menjamu selera.
Norrisham Lee Aicha menegur, “Dato asal makan tangan kiri ni.. Tak comel.. Anak saya tegur.. Mama kenapa idola adik makan tangan kiri?”
Aida Rani turut meninggalkan komentarnya, “Salah tu.. Makan tangan kiri.. Kalau biasa dari kecil lagi macam tu.. Anak-anak makan tangan kiri juga Dato’.. Anak mesti ikut bapak.. Mesti anak tiru juga makan tangan kiri.”
“Pasai pa guna tangan kiri nie Dato’.. Tukaq tangan lekaih,” komen Shuhada Abdul Hamid.
Namun tak semua netizen mempertikaikan hal itu, sebaliknya ada juga yang terhibur dengan aksi Aliff yang ‘membelanjakan’ mereka video durian yang mungkin sudah lama tidak dijamah mereka.
Ainon Rahman menukil, “Dato’ bersarapan dengan durian je ke.. Kirimlah ke mak cik kit.”
“Kat mana jual durian ni Datuk. Nak gi beli gak la,” tulis Shelly Nasution. – Kedahnews.com