Seramai 4,500 Kakitangan Awam Turki Diberhentikan


ANKARA – Sejumlah 4,500 kakitangan awam di Turki di berhentikan kerja kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Kumpulan Pengganas Gulenist (FETO), umum perintah berkanun pada Selasa lapor agensi berita China Xinhua.

Di bawah perintah berkanun itu kakitangan yang diberhentikan terdiri 2,585 kakitangan dari Kementerian Pendidikan, 893 (gendarmerie), 417 (Penguatkuasaan Keselamatan Awam), 49 (Kementerian Dalam Negeri) dan 520 dari lain-lain sektor awam.

Pentadbiran Turki menyalahkan FETO merancang rampasan kuasa pada Julai lepas menyebabkan 248 orang terbunuh dan mencederakan hampir 2,200 yang lain.

Susulan rampasan kuasa itu, kerajaan Turki terpaksa memerintahkan darurat yang menyaksikan ribuan kakitangan awam diberhentikan atau digantung tugas kerana mempunyai kaitan dengan FETO. – BERNAMA