PETALING JAYA - Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menafikan dakwaan bahawa tarian singa enggan beraksi di hadapan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina parti itu.
"Penari tarian singa itu sebenarnya sedang mengupas limau bali dan beberapa biji limau untuk perdana menteri...sedikit masa diperlukan untuk melakukannya.
"Tiada seorang pun daripada mereka adalah 'superman'. Saya terfikir jika sesiapa boleh mengupas sebiji limau bali dan beberapa biji limau dalam masa kurang dari 30 saat (dengan atau tanpa kepala singa)," kata Keng Liang di laman Facebooknya, Selasa.
Sebuah klip video berdurasi 45 saat yang tersebar luas di media sosial menunjukkan penari tarian singa itu berlutut dan tidak bergerak untuk beberapa saat, ketika persembahan itu ditonton oleh Najib dan isterinya, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan lain-lain VIP semasa rumah terbuka yang diadakan di Menara PGRM pada Sabtu.
"Malang apabila beberapa orang yang tidak bertanggungjawab memilih untuk memutar-belit dan melakukan pembohongan terhadap penari singa profesional yang telah memberikan persembahan yang hebat," kata beliau sambil menambah Najib juga telah memuji persembahan tersebut di akaun Facebooknya.

Sumber: mStar