SINGAPURA ada Merlion dan Kuching di Malaysia pula mempunyai replika kucing bagi menarik kehadiran pelancong untuk bergambar bersama simbol negara dan bandar itu.
Jadi, kenapa Pontianak tidak boleh memiliki personanya tersendiri dengan membina patung Kuntilanak - hantu wanita berambut panjang yang memakai baju tidur putih yang ingin membalas dendam akibat kematiannya dan anaknya ketika bersalin.
"Tentu sekali ia sesuatu yang baik untuk pelancongan," kata Ketua Agensi Belia, Pelancongan dan Sukan Pontianak, Kartius.
"Ada yang menganggap saya seorang pagan (tidak beragama), percayakan ilmu mistik hanya kerana idea yang saya sampaikan. Mereka yang melabelkan saya dengan pelbagai nama itu mungkin tidak pernah ke luar negara," katanya seperti dilaporkan Jakarta Post.
Replika Merlion iaitu makhluk mistik singa dan ikan di Singapura katanya telah berjaya menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara ke negara itu.
Begitu juga patung kucing di bandar Kuching, kata Kartius.
Di Singapura, "singa" bermaksud singa, manakala Kuching pula bereti kucing.
Jadi di Pontianak, dalam bahasa Melayu ia adalah kuntilanak.
"Saya tidak pernah lihat kuntilanak, jadi jika kamu tiada idea untuk membina patungnya, lihat saja muka saya. Tak mengapa jika kamu anggap saya gila, saya tidak kisah," katanya berseloroh apabila bercerita mengenai ideanya membina patung kuntilanak setinggi 100 meter berhampiran lokasi pertemuan Sungai Kampuas dan Sungai Landak.
Bagi Kartius, langkah itu tentunya dapat menarik kehadiran ramai pengunjung ke bandar di Kalimantan itu.
Bagaimanapun, cadangan Kartius tidak begitu diterima penduduk setempat, malahan ada yang bertindak membantah.
Berbeza dengan netizen yang menganggap ia saranan yang baik untuk manfaat industri pelancongan.
Sumber: mStar