Suspek kelihatan menunjukkan isyarat lucah ke arah pengamal media. |
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 36 tahun direman selama empat hari, bermula kelmarin, untuk membantu kes memaksa isteri dan anak-anaknya mengemis bagi mendapatkan wang.
Suspek juga didapati sanggup mencederakan isteri dan anak sendiri sekiranya gagal berbuat demikian.
Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Sungai Petani, Balkis Abdul Halim membenarkan reman bermula 7 Februari hingga 10 Februari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2001.
Suspek yang diiringi anggota polis, tiba di bilik reman Mahkamah Sungai Petani, di sini, jam 11.10 pagi, sebelum keluar kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas perintah reman dikeluarkan ke atasnya.
Suspek juga kelihatan agresif menunjukkan isyarat lucah ke arah pengamal media yang merakamkan gambarnya sebelum dibawa masuk ke bilik reman.
Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa.
Kelmarin, media melaporkan suspek memukul isterinya berkali-kali dan menumbuk bahagian muka selain menuduh wanita berusia 29 itu memiliki teman lelaki lain, dekat perhentian bas, di sini, 29 Januari lalu.
Isteri suspek dan tiga anak yang berusia lingkungan lima hingga sembilan tahun yang tidak lagi bersekolah dipercayai menjadi mangsa penderaan suspek sejak sekian lama kerana mereka gagal keluar meminta sedekah.
Laporan polis juga menyebut, pada 2 Februari lalu, suspek juga membawa anaknya mengemis di Public Bank, Pekan Baru sebelum diselamatkan Skuad Bantuan Krisis MCA (CSRM) di mana laporan polis dibuat dan kesemua mangsa dihantar pulang ke pangkuan keluarga.
Difahamkan keluarga itu yang sebelum ini menetap di Melaka pulang dan menumpang di rumah mertua di Sungai Petani.
Sumber: Sinar Harian