Anggota penguatkuasa JHEAT sedang menyoal siasat pasangan yang ditahan ketika Ops Valentine Day di sebuah rumah di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi semalam. |
KUALA TERENGGANU - Tanpa segan silu, seorang gadis memberitahu hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja dengan majikannya yang juga berstatus suami orang sebelum dicekup berkhalwat di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi semalam.
Gadis berusia 23 tahun dari Manir, di sini, mengaku hanya berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, 29, dari Pulau Pinang, sebelum kediaman itu diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sempena ‘Ops Valentine Day 2017’, kira-kira jam 1.30 pagi.
Dalam masa sama, gadis yang masih bujang itu memberi alasan sering ke rumah sewa teman lelakinya dan pernah sebelum ini beberapa kali bermalam di situ adalah semata-mata mahu berbincang urusan kerja.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat daripada jiran-jiran yang ada di kawasan berkenaan mengenai tindak tanduk mencurigakan pasangan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki itu menyewa berseorangan di rumah terbabit memandangkan isterinya menetap di Kelantan.
“Kedua-duanya tinggal di kawasan yang sama dan gadis yang masih bujang itu memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki tersebut untuk berbincang mengenai urusan kerja.
“Selepas berbincang, gadis itu memaklumkan mereka menonton cerita melalui komputer riba dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan bercium sambil menonton cerita,” katanya.
Wan Mohd berkata, gadis terbabit turut mengaku sudah tiga kali datang dan bermalam di rumah lelaki tersebut selain mengaku pernah terlanjur.
Katanya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Sumber: Sinar Harian