Teresa Kok Tempelak Ketua Dewan Ulama PAS


DAP membidas kembali Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali yang mendakwa pemimpin popularnya Lim Kit Siang keliru antara kata sepakat dengan keputusan majoriti semasa kedua-dua parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata tiada sesiapa pun mempertikaikan bahawa hanya keputusan sebulat suara akan diterima pakai sebagai agenda Pakatan.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes pemilihan nama pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum ini, PAS yang melanggar kesepakatan yang dicapai.

“Daripada kenyataan Khairuddin, nampak seperti beliau bercakap benar tentang apa yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan, contohnya 'kesepakatan' atas pelantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor.

“Atau mungkin beliau sedar, tetapi kerana untuk menyokong Hadi membabi buta, beliau bersedia memesongkan fakta?

“Satu-satunya fakta yang tidak boleh dipesongnya apabila PAS membuat pusingan U dalam pelantikan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Kok.

Kok juga berhujah, perpecahan Pakatan turut disumbangkan oleh keputusan sendiri Hadi dan bukan pemahaman DAP tentang kata muafakat dan keputusan majoriti.
Khairuddin semalam mendakwa Lim keliru antara prinsip majoriti dan kata sepakat yang dipilih Pakatan.

Dalam kes Khalid, kata Khairuddin, PAS bukan menentang kesepakatan tetapi “hak ahli dalam prinsip konsensus”.

“Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti,” katanya.

Sumber: Mkini