Ahmad Zahid ketika tiba pada Majlis Mesra Bersama Rela di Lundu, Ahad. Foto; ZULAZHAR SHEBLEE/The Star |
LUNDU - Tindakan empat wakil rakyat DAP dari Melaka keluar parti bukan satu kejutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau percaya kepimpinan DAP yang bersekongkol dengan tokoh yang pernah menghentam parti itu dahulu, kini mendapat tentangan para penyokong.
"Kita tahu bahawa persekongkolan ini menerusi 'perkahwinan sementara politik', ia seharusnya perlu difaham rakyat mengenainya," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin bersama RELA di sini, Ahad.
Empat wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong bertindak keluar parti pada Ahad.
Tong Him berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.
"Ia menunjukkan DAP sedang berdepan dengan masalah dalaman, mereka kini dalam krisis," kata Dr Ahmad Zahid.
Beliau menyeru rakyat supaya membuat analisis menilai kepercayaan mereka dalam DAP, dengan mempertimbangkan wakil rakyat mereka telah keluar dari parti kerana hilang keyakinan.
Sumber: mStar