PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru pada Ahad bagi membebaskan 'Mat Tere' yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman dan dihantar pulang ke negeri Kelantan.
Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis Baharum, 29, ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan Rabu lalu membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina Tunku Ismail yang menjadi tular di Facebook sebelum ini.
Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.
"Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat. Allah Peliharakan Sultan", jelas kenyataan yang dimuat naik di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.
Sumber: mStar