Antara empat pelanggan bawah umur yang turut ditahan di pusat internet dalam serbuan Ops Bersepadu petang semalam. |
KULIM - Sebuah pusat hiburan permainan atas talian yang berselindung disebalik pusat servis komputer di sebuah bangunan kedai dua tingkat diserbu dalam Ops Bersepadu petang semalam.
Penolong Pegawai Daerah Kulim, Amrul Hidayat Shahbudin berkata, dalam operasi yang disertai Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah berjaya merampas lebih 40 set komputer yang bernilai RM120,000.
Menurutnya, pusat internet itu dipercayai telah beroperasi sebulan yang lalu dan mendapat kunjungan ramai kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.
"Kita telah dapat aduan orang ramai yang memaklumkan terdapat satu pusat internet yang beroperasi secara haram dan pengunjungnya ramai terdiri daripada kanak-kanak bawah 12 tahun.
"Jadi hari ini operasi telah dilakukan dan ketika serbuan dijalankan didapati pelanggan sedang rancak bermain permainan berkomputer," katanya.
Katanya, sebanyak 19 pelanggan termasuk empat di bawah umur 12 tahun dan dua dipercayai pemilik kedai terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kita telah berjaya menahan 19 pelanggan dan dua orang dipercayai pemilik kedai berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Pihak MPKK juga telah mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis berkenaan kerana beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya.
Tambahnya, pihaknya komited membanteras pusat hiburan dan judi haram di kawasan ini untuk memastikan kesejahteraan masyarakat.
"Kita akan ada lebih banyak operasi untuk banteras pusat-pusat ini, orang ramai yang ada maklumat boleh salurkan kepada kita," katanya.
Selain itu, menurut seorang pelanggan berusia 11 tahun dia datang ke situ bersama rakan-rakan selepas habis waktu persekolah.
"Setiap petang saya akan datang ke sini bersama kawan-kawan, kadang bermain permainan atas talian kadang-kadang datang tengok saja," katanya.
Sumber: Sinar Harian