KUALA KETIL - Umno Parlimen Baling yakin mampu merampas kembali Dun Kuala Ketil pada pilihan raya akan datang.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Baling, Syed Alias Syed Omar berkata, keyakinan menakluk kembali Dun yang dikuasai pembangkang sejak 2008 itu bersandarkan gerak kerja semasa dilakukan Umno.
“Kita yakin untuk merampas kembali Kuala Ketil atas faktor apa yang sudah kita lakukan kepada rakyat. Penyelaras Dun Kuala Ketil, Datuk Khairul Abdullah sendiri melaksanakan tugas melebihi wakil rakyat.
“Bukan mahu rendahkan siapa-siapa, tetapi itulah realiti hari ini, pemimpin Umno menjalankan amanah yang diberi dengan baik,” katanya di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, Umno Parlimen Baling yang dipimpin Ahli Parlimen, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membantu rakyat tanpa mengira sebarang fahaman politik.
“Soal kebajikan terutamanya, Umno Parlimen Baling paling cepat dalam menyalurkan bantuan, contoh berlaku ribut waktu malam, esok pagi kita akan terus salurkan bantuan kepada mangsa.
“Jalan-jalan di kampung juga sudah banyak diturap contohnya di Kampung Kembal Islam, walaupun ada ahli Umno sendiri marahkan kita sebab utamakan kawasan Pas tetapi inilah prinsip yang dinyatakan ketua bahagian iaitu membantu semua tanpa mengira fahaman politik,”katanya.
Tambahnya, pemimpin Umno di Baling yang ada ketika ini disifatkan paling terbaik dan perkara itu diakui sendiri oleh pembangkang.
Dalam perkembangan lain katanya, bagi membantu golongan kurang berkemampuan memiliki rumah, 20 buah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sudah siap dibina dalam daerah ini.
“10 buah dibina di Dun Bayu dan 10 lagi di siap dibina Dun Kupang, minggu depan kita akan mulakan PPRT di Dun Kuala Ketil. Bila segalanya sudah sempurna kita akan mengadakan kenduri rakyat.
“Umno juga membantu setiap keluarga yang akan mengadakan majlis perkahwinan dengan syarat mendaftar sebagai pengundi di Baling, setiap isi rumah akan menerima 50 kilogram beras. Seandainya ada dua pasangan dalam rumah berkenaan ingin berkahwin bantuan beras diberikan adalah 100 kilogram,”katanya.
Beliau berkata, bantuan kenduri kahwin yang sudah dua tahun dilaksanakan itu akan diteruskan setiap tahun.
“Tuan rumah yang ingin adakan kenduri hanya perlu dapatkan cop Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Bantuan ini diberi kepada semua individu tidak kira Umno, Pas, DAP atau lain-lain,” katanya.
Menurutnya, Ahli Parlimen Baling turut memperuntukkan dana besar pada 2017 bagi kepentingan rakyat dalam daerah ini.
“Tahun ini Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memperuntukkan lebih RM 400,000 kepada dua maahad tahfiz, RM 50,000 kepada sembilan buah pondok serta bantuan kewangan kepada 692 pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
“Beliau turut menyediakan tiga buah ambulans dan tiga bas sekolah bagi membantu pelajar yang sering lewat ke sekolah tanpa mengganggu perniagaan pengusaha bas tempatan, pemberian laptop percuma kepada 25 pelajar cemerlang Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) serta pelbagai lagi,” katanya.
Beliau berkata, rakyat dalam Dun Kuala Ketil diminta tidak melakukan kesilapan bagi memilih calon pada PRU14 akan datang.
“Carilah calon yang boleh bekerja dan membantu rakyat, slogan Umno Baling hari ini ialah Azeez Rahim dan Rakyat Baling berpisah tiada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian