Gambar Hiasan |
MANJUNG - Hasrat seorang ibu untuk menghantar rombongan perkahwinan anaknya tidak kesampaian apabila maut dilanggar tayar sebuah lori yang bergolek setelah tercabut daripada kenderaan itu di hadapan rumahnya di Kilometer 12 Jalan Ayer Tawar-Beruas, Kampung Bakar Bata sini, Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Mariaty Bakar, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata, kejadian berlaku apabila tayar pada sebuah lori tercabut sebelum melantun ke bahu jalan dan melanggar wanita tersebut.
"Kami sedang mengesan jenis kenderaan berat yang terlibat itu," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
Sementara itu, anak bongsu mangsa, Maisuri Ahmad, 24, berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di dalam rumah sementara ibunya sedang mencantas pokok bunga di luar rumah.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah. Saya pergi ke luar rumah dan melihat ibu saya telah terbaring di atas rumput.
"Saya terus berlari ke arah ibu dan terkejut apabila melihat kaki kanan dan tangan kirinya patah sementara darah mengalir dari kedua-dua telinganya," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, Sabtu.
Maisuri berkata, tayar yang melanggar ibunya sangat besar sehingga memerlukan lebih enam orang untuk mengangkatnya ke dalam lori pihak polis pada Jumaat.
Dalam pada itu, Maisuri berkata, dia dan suaminya pulang ke rumah ibunya pada Jumaat untuk menyertai rombongan perkahwinan kakaknya Mazni, 27, yang berlangsung di rumah pihak lelaki Ahad ini.
"Nampaknya hajat ibu untuk mengikuti rombongan kahwin di sebelah lelaki tidak kesampaian dan kami sekeluarga reda dan menerima pemergiannya," katanya.
Sementara itu, suami mangsa, Mahamad Ajmi Ahmad, 64, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya semasa berada di rumah ibunya di Kampung Batu 19 di sini dan bergegas pulang tanpa mengetahui isterinya telah meninggal dunia.
"Dalam perjalanan pulang saya nampak ambulans menghala ke Beruas. Saya rasa tidak sedap hati menunggang laju untuk melihat apa yang berlaku dan apabila tiba saya lihat orang ramai berada di kawasan rumah dan luluh hati saya melihat keadaan isteri ketika itu," katanya. - Bernama