GEORGE TOWN – Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) semalam meluahkan rasa kecewa dengan kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri Batu Kawan malam kelmarin dan berjanji akan memastikan insiden serupa tidak berulang.
Presidennya Zairil Khir Johari berkata FAP juga terkejut dengan tindakan ganas segelintir penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang itu dan sedia bekerjasama dengan polis dalam menjalankan siasatan.
“Pihak FAP akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian ini tidak berulang dan pada masa yang sama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas, khususnya pihak polis, yang berjaya mengawal keadaan.
“Kepada para peminat Pulau Pinang yang setia, jutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga terus memberi sokongan dalam usaha FAP meningkatkan tahap pasukan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya demi rakyat dan negeri, pasukan bola sepak Pulau Pinang akan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
Dalam kejadian malam kelmarin, enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di luar stadium berkenaan sejurus tamat perlawanan Liga Super Pulau Pinang menentang Sarawak pada 11 malam.
Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang itu bertindak liar selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 0-1 kepada Sarawak. – BERNAMA