MELAKA – Masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang merupakan kaum minoriti di Melaka pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran serta tekanan ekoran arus pemodenan dan proses perubahan yang kian mencabar pada abad ke-21 ini.
Menurut generasi kelima kaum Peranakan berkenaan, Lee Yuen Thien, 30, salah satu cabaran yang terpaksa dilalui Baba dan Nyonya adalah pengaruh Barat dan media asing yang dilihat barjaya mengubah identiti dan budaya etnik tersebut.
“Pada masa kini kita dapat lihat banyak perkara diringkaskan seperti adat dan amalan masyarakat Baba dan Nyonya kini tidak lagi diamalkan secara menyeluruh dalam kalangan generasi muda golongan kami.
“Semua perkara diambil mudah sehingga akhirnya identiti Baba dan Nyonya yang sepatutnya dibawa atau ditonjolkan mereka ini hilang begitu sahaja dan akhirnya dilupakan,” katanya kepada Bernama.
Masyarakat Baba dan Nyonya di negara ini dipercayai telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menerusi aktiviti perdagangan dan sosio budaya oleh Laksamana Cheng Ho.
Aktiviti berkenaan juga membuka laluan pada kira-kira 200 kapal yang membawa lebih 25,000 lelaki bujang dari negara China untuk berhijrah ke Tanah Melayu dan separuh daripada mereka terus menetap di Tanah Melayu serta berkahwin dengan wanita tempatan.
Kaum minoriti tersebut menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan kerana mereka mengamalkan dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina dan pada masa sama turut mempraktikkan budaya masyarakat Melayu.
Mengulas lanjut, Lee, yang juga pengurus Muzium Warisan Baba dan Nyonya, yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, berkata generasi muda kaum Peranakan pada masa kini juga lebih terpengaruh dengan budaya K-Pop yang dianggap ‘trendy’ sehingga berjaya menguasai pemikiran mereka.
Katanya, cabaran lain yang dihadapi kaum minoriti berkenaan yang turut terkenal di Pulau Pinang itu adalah tiada pengelasan khas bagi membuktikan mereka merupakan kaum Baba dan Nyonya.
Malah, katanya, identifikasi masyarakat berkenaan juga tidak dapat dilakukan melalui fizikal seperti pemakaian baju kebaya, berkain sarung dan fasih bertutur bahasa Melayu sebaliknya melalui cara hidup, pergaulan, amalan dan budaya yang diamalkan.
“Kami ini sama macam kumpulan etnik yang lain di Melaka atau di negara ini. Bahkan warna darah pun tidak dapat membezakan kami dengan kaum lain. Ia bergantung pada kaum dan individu itu sendiri bagaimana mereka mempraktikkan amalan dan budaya hidup harian sebagai masyarakat Baba dan Nyonya.
“Lebih serius lagi apabila ibu bapa pada masa kini sendiri tidak mempedulikan untuk terus memastikan amalan dan budaya berkenaan dapat diserapkan dalam diri anak mereka,” katanya.
Anak pasangan Lee Chwee Huat, 68, dan Chong Swee Sim, 62, itu berkata cabaran lain yang dihadapi kaum berkenaan terutama dalam kalangan generasi muda mereka adalah rasa malu untuk mengaku mereka merupakan sebahagian daripada etnik berkenaan.
Beliau berkata sebahagian daripada generasi muda kaum berkenaan merasakan amalan dan budaya yang diamalkan nenek moyang mereka adalah kolot, leceh dan tidak sesuai dipraktikkan pada era masa kini.
“Mereka tidak nampak keistimewaan sebagai kaum Baba dan Nyonya kerana bagi mereka amalan dan budaya yang ada tidak membawa apa-apa makna pada kehidupan mereka. Mereka lebih gemarkan gaya hidup ringkas dan mudah.
“Sebagai contoh majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya pada masa dahulu diadakan selama 12 hari kerana banyak adat dan proses yang dilalui tetapi kini siapa yang hendak ikut. Masing-masing terikat dengan kerja dan ia dilihat tidak lagi relevan,” katanya. – BERNAMA