ALOR SETAR - UMNO dijangka akan bersatu dengan PAS bagi memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat diluluskan Parlimen.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa meskipun wujud perbezaan fahaman politik antara kedua parti terbesar bangsa Melayu itu, namun kepentingan agama Islam di negara ini adalah melebihi segalanya.
"Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU 355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.
"Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik," tegas beliau.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu berkata demikian dalam satu kenyataan bersempena siri Jelajah Penerangan UMNO pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, UMNO bukan berjuang untuk bersuka-suka atau bermotifkan dendam peribadi, namun lebih cenderung kepada menunaikan tuntutan fardhu kifayah sebagaimana yang dituntut agama Islam kepada setiap muslim.
"Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi.
"Kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah," kata beliau berhubung sokongan UMNO terhadap RUU 355 tersebut.
RUU 355 sebelum ini dibantah hebat oleh ramai pemimpin pembangkang, khususnya DAP yang mengetuai Pakatan Harapan dan mendakwa usul dari Presiden PAS itu kononnya bertentangan dengan perlembagaan negara.
Sementara itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya juga dilaporkan memandang sinis pada RUU berkenaan dan mendakwa ia hanyalah salah satu dari permainan politik PAS untuk meraih sokongan undi dari umat Islam di negara ini.
Manakala sahabat baik Mahathir, Lim Kit Siang sebelum ini menggesa semua menteri kabinet yang bukan beragama Islam supaya meletak jawatan masing-masing sekiranya RUU 355 diluluskan Parlimen.
Dijangka sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung di ibu negara akan "panas" berbahas tentang RUU 355 yang tersenarai di dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat dan bakal dibahas tidak lama lagi. - Kedahnews.com