Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Negara Asing


LANGKAWI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada beberapa menteri negara asing bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) di sini, semalam.

Pada sesi pertama, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Kedua Singapura, Ong Ye Kung dan Menteri Pengangkutan Kedua Singapura Ng Chee Meng, yang berlangsung selama 20 minit.

Beliau kemudian menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Fiji Inoke Kubuabola.

Turut hadir semasa kunjungan itu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih daripada 550 pempamer aeroangkasa dan maritim dari 36 negara mempamerkan produk mereka pada pameran LIMA ’17 selama lima hari yang bermula hari ini. – BERNAMA