Al-Fatihah, Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia


SENIMAN legenda, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Napiah.

“Assalammualaikum dan salam sejahtera,

“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idzham Taman Melawati..

“Seniman akan memaklumkan maklumat lanjut dari masa ke semasa…Seniman mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Tan Sri..Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara.. Al-Fatihah,” tulis kenyataan itu.


Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit Alzheimer sejak enam tahun lalu, Al-Fatihah. – Kedahnews.com