“SAYA reda dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22 hari.”
Itu kata-kata yang diucapkan Azharina sebaik anak angkat keduanya, Rizqie Azharin Azhar menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.
Rizqie disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya.
Bayi yang baharu berusia 22 hari itu dimasukkan ke wad sejak Ahad lalu akibat demam panas dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi buah pinggang, pendarahan otak, jangkitan paru-paru dan darah.
Memetik Harian Metro, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan di kawasan sama selepas waktu Asar. –Kedahnews.com