Muhammad Rizuan (kiri) bersama Ismail (kanan), Ramlah dan Muhammad Rizal. |
KUALA KETIL - Pendapatan kecil dengan hanya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel, tidak menghalang seorang abang menyara keluarga termasuk dua adiknya yang masih bersekolah.
Bapanya, Ismail Hussin, 62, dari Kampung Batu Satu berkata, atas faktor usia dan kesihatan, tugas itu terpaksa diserahkan kepada anak kedua, Muhammad Rizuan, 21, sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, selain dia dan isteri, Muhammad Rizuan terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan Siti Sahirah, 17 serta Muhammad Rizal, 11, dengan pendapatan bersih RM600 sebulan.
“Anak pertama dah kahwin tahun lalu, tak bekerja dan tinggal bersama suami dan anak. Jadi tugas membantu keluarga diambil alih Muhammad Rizuan selepas kesihatan saya merosot.
“Bagaimanapun, pendapatan itu tak cukup, adakala dia terpaksa meminjam duit daripada tuan bengkel untuk beli barang dapur dan diberi kepada adik-adik sebagai duit belanja sekolah,” katanya.
Ismail yang mengalami masalah penat mengakui terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakannya pada situasi tertentu.
“Kadang-kadang sampai tengah bulan pendapatan terputus. Nak beli beras, ikan dan lain-lain tak boleh. Waktu tu terpaksa tebalkan muka pinjam duit daripada rakan-rakan,” katanya.
Difahamkan, keluarga berkenaan menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling.
Ibunya, Ramlah Isa, 56, berkata, anak keduanya itu belajar berdikari sejak di bangku sekolah menengah.
“Ketika di tingkatan tiga, dia akan ambil upah bela lembu selepas pulang dari sekolah. Duit itu digunakan untuk tampung serba sedikit barang dapur termasuk digunakan sebagai wang saku sekolah,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Rizuan berkata, kesemua duit gajinya setiap bulan akan diserahkan kepada ibunya untuk diuruskan.
“Selama ni duit gaji akan diserahkan kepada emak untuk bayar bil, beli keperluan dapur dan belanja sekolah adik. Saya lebih senang orang tua yang uruskan.
“Harapan saya mahu lihat keluarga ini hidup senang dan memastikan adik-adik tak tercicir daripada pelajaran. Biar mereka berjaya suatu hari nanti,” katanya.
Menurutnya, tekad membantu keluarga akan diteruskan dengan impian memiliki bengkel sendiri suatu hari nanti.
“Buat waktu ini tiada modal, bengkel ini dirancang dibuka lima tahun akan datang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian