Ancaman Bom IS: AS, UK Sekat Penumpang Islam


WASHINGTON - Pasukan perisik AS mengatakan militan ekstremis Islam Islamic State (IS) sedang mencipta bom yang disorok di dalam alat-alat elektronik mudah alih.

Pembocoran maklumat ini membuatkan AS dan Britain bertindak untuk menyekat penumpang yang tiba daripada 10 buah negara Islam yang membawa komputer riba, iPad dan gajet lain yang lebih besar daripada telefon bimbit, kata dua pegawai pencegah keganasan AS, Selasa.

Antara negara-negara yang termasuk dalam senarai sekatan tersebut adalah Lubnan, Turki, Mesir, Arab Saudi dan Jordan.

Dua lagi pegawai tambahan daripada AS turut menambah bahawa bahan letupan itu direka khas untuk disimpan di dalam bateri komputer riba. Keempat-empat mereka memberi keterangan di bawah perlindungan identiti oleh kerana mereka tidak dibenarkan untuk memberi maklumat sensitif kepada masyarakat.

Pejabat pemerintahan Trump menjaminkan bahawa sekatan baru itu tidak memberi gambaran sebarang bentuk serangan akan berlaku dalam masa terdekat.

Sebaliknya, menurut pegawai-pegawai sulit itu lagi, amaran itu hanya bertujuan untuk memberitahu masyarakat bahawa IS sedang bersedia dan akan melancarkan serangan terhadap Barat.- Agensi