"Auntie Siti Kassim, Akak Asiah Jalil Dan Mujahidin, It Is Okay?" – Fathul Bari


ALOR SETAR - Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya  mendedahkan bahawa beliau tidak sedar bahawa sebenarnya terdapat tiga Muslim daripada 19 aktivis yang telah memfailkan saman terhadap pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam satu cacatannya di Facebook bertajuk 'Auntie Kassim Jangan Emosi' dan menerangkan kini beliau telah menambah seorang lagi aktivis, iaitu Muhammad Mujahidin Zulkiffli dalam senarai untuk bertemu dengan Dr Zakir.

"Maaf auntie Siti Kassim, saya tidak tahu bahawa ada tiga orang Muslim di antara 19 aktivis yang memfailkan saman. Itu kelemahan saya.

"Maka, dengan ini saya tambahkan lagi seorang untuk cadangan bertemu Dr Zakir Naik, so jadi tiga oranglah. Auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil dan Mujahidin. Is it ok?," tulisnya di Facebook.

Fathul berkata demikian sebagai mengulas persoalan Siti Kassim kenapa hanya dua wanita sahaja yang dijemput untuk mengadakan pertemuan dengan penceramah yang penuh dengan kontroversi tersebut.

Sementara itu, beliau turut menjawab persoalan Siti Kassim yang mempertikaikan mengapa tidak menjemput kesemua aktivis yang terlibat dalam memfail saman menghalau Dr Zakir dari Malaysia untuk bertemu dengan penceramah itu.

"Auntie Siti Kassim, saya dah sebut tempoh hari, Hindraf tidak relevan. Dan saya khususkan jemputan untuk auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil serta Mujahidin adalah kerana saya kasihkan kalian kerana Allah.

"Kalian adalah saudara se-Islam saya. Sebab itu, pertemuan ini akan dilaksanakan secara harmoni dan sejahtera tanpa sebarang provokasi mahupun diskriminasi," ujarnya.-Kedahnews.com