Ahmad menunjukkan kesan umpilan pada pemegang basikal. |
KUALA KETIL - Sebuah basikal berjenama bernilai RM3,000 yang ditinggalkan di tempat pemegang atas bumbung kereta dalam keadaan berkunci lesap hanya selepas beberapa jam diparkir.
Kejadian yang berlaku Isnin lalu hanya disedari awal pagi oleh pemiliknya.
Ahmad Abdul Halim, 32, dari Taman Insaniah berkata, kehilangan basikal jenis Polygon Siskiu 7 itu disedari sekitar jam 6 pagi di mana terdapat kesan umpilan pada pemegang basikal.
“Sebelum itu saya baru pulang ke rumah selepas menyertai kejohanan berbasikal di Gombak, Selangor sekitar jam 2 pagi. Sebelum masuk rumah, saya dah pastikan pintu pagar dan pemegang basikal dikunci.
“Pada waktu Subuh, basikal itu didapati dah tiada. Pintu pagar rumah yang dikunci juga ada kesan diumpil termasuk pada bahagian pemegang basikal. Bumbung kereta juga ada kesan kemek dipercayai dipijak,” katanya di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kecurian itu adalah kali ketiga dan disyaki dilakukan oleh penagih dadah.
“Sebelum ini tangga aluminium dan kasut berjenama turut dicuri, kali ini basikal pula jadi mangsa.
"Saya harap pihak berkuasa tingkatkan kawalan keselamatan di sini, amat membimbangkan penjenayah bertindak masuk ke kawasan rumah penduduk dan boleh mengancam nyawa,” katanya.
Sehubungan itu katanya, gambar berserta maklumat basikal itu ditularkan di media sosial WhatsApp agar dapat ditemui semula.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Basikal Alternatif (Kebal) Kuala Ketil, Azlan Ahmad berkata, kes kehilangan melibatkan basikal bukit semakin meruncing sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, ini secara tidak langsung menyebabkan sambutan terhadap aktiviti berbasikal berkurangan akibat insiden itu.
“Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pencuri pula semakin agresif dengan aktiviti mereka, diharap kegiatan ini dapat dibendung dengan tertangkapnya penjenayah,” katanya.
Laporan polis berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Kuala Ketil pada hari kejadian.
Sumber: Sinar Harian