PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki dipercayai berusia kira-kira seminggu ditemui dalam sebuah kotak air mineral yang ditinggalkan di tepi tangga sebuah apartment di Flora Damansara, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bayi lelaki tersebut ditemui kira-kira jam 4 petang oleh penghuni apartment berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tingkat 9.
Menurutnya, mengikut keterangan saksi, Nor Zulafiqah Zulhaimi, 17, memaklumkan mendengar tangisan bayi di ruang tangga dan menemui bayi di dalam kotak air mineral di paltform tangga antara tingkat 9 dan tingkat 8.
“Saksi menjumpai mangsa yang masih dalam tangisan dan menunggu beberapa minit sebelum membawa bayi ke rumahnya sekali dengan kotak.
“Saksi menghubungi ibunya yang sedang berkerja sebelum menghubungi polis pada malam kejadian untuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zani berkata, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan ibu kandung bayi berkenaan.
“Siasatan mendapati bahawa berdasarkan kepada berat kotak dan bayi dipercayai suspek menggunakan tangga sama ada dua tangga dari atas atau dua tangga dari bawah,” katanya. –Kedahnews.com