Ahmad Arham Rahimi ketika berdaftar sebagai pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani bagi sesi Mac 2017. |
SUNGAI PETANI - Dua tahun mendiamkan diri, mangsa kemalangan tragis di gilis treler pada tahun 2011 lalu sehingga menyebabkan sebelah kakinya ‘hilang’, Ahmad Arham Rahimi Sukarno, 23, bangkit dengan semangat baru.
Tanpa pendidikan, dia sedar hidupnya tidak bererti menyebabkan bekas johan pidato serta pernah dipilih sebagai Ketua Pelajar Sekolah Agama Taufiqiah Al Halimiah (Pondok Pakya) berhasrat menyambung pengajian bagi memajukan diri.
Tambahan pula, dia cemburu melihat rakan persekolahan dahulu sudah pun menyambung pengajian dalam bidang agama serta berjaya menggapai impian masing-masing.
“Bagi memudahkan pergerakan dan tidak mahu bergantung harap pada orang lain, saya cuba memohon untuk mendapatkan lesen memandu terlebih dahulu dan alhamdulillah telah lulus.
“Selepas itu, dalam keadaan berkaki satu, saya mengatur perjalanan hidup dengan menyahut cabaran untuk menyambung pengajian dalam Sijil Bahasa Arab selama dua tahun di Markas Nil, Kaherah, Mesir," katanya.
Beliau ditemui semasa Minggu Orentasi Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP), di sini kelmarin.
Selepas pulang ke Malaysia, anak kelima dari tujuh beradik pasangan Roziah Osman dan Sukarno Abd Hamid ini kemudian berniaga nasi Arab hasil masakannya sendiri untuk anak murid ayahnya yang menghadiri kelas pengajian di bangunan Ukir Mall, Alor Setar.
Tidak senang duduk tanpa berbuat apa-apa, dia yang ingin mendalami bidang masakan terus mencari institusi terbaik untuk teruskan pengajian.
Akhirnya, dia diterima sebagai salah seorang daripada pelajar KKSP yang dijadikan platform bagi memenuhi cita-citanya untuk bergelar chef terkenal.
“Saya berharap apa yang dilakukan ini menjadi inspirasi buat semua insan istimewa yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya sebaliknya pencetus untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya,” katanya.
Dia yang menetap bersama keluarga di Alor Setar, Kedah kini memandu sendirian berulang-alik dari KKSP ke rumahnya setiap hari.
Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, Najmiah Abdullah berkata, Ahmad Arham merupakan salah seorang daripada 64 pelajar baharu yang berdaftar bagi sesi Mac 2017 .
Menurutnya, pihak pengurusan amat berbesar hati dengan keinginan pelajar berkenaan kerana mahu melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan Sijil Kulinari serta mendalami bidang masakan dengan lebih mahir.
“Kami mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di samping itu mengharapkan beliau selesa dengan pembelajaran di sini sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang.
“Cita-citanya untuk menjadi chef terkenal telah menyebabkannya nekad menyambung pengajian di sini dan kita sedaya upaya akan membantu beliau merealisasikan hasratnya itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian