PERTEMUAN awal DJ Dave dan Ben Nathan di HKL di sini baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR - Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, menyatakan bahawa penyanyi, Ben Nathan dilihat semakin gembira setelah hampir sebulan menjalani rawatan di wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur.
Tambah DJ Dave, selain daripada menjalani kehidupan yang lebih teratur, Ben, 54, lebih selesa untuk bercerita tentang muzik berbanding dengan kehidupan yang dilaluinya sebelum ini.
“Minggu lepas saya ada melawatnya di hospital. Keadaannya semakin baik terutama dari segi penampilan diri. Dia juga nampak lebih gembira walaupun ada kalanya resah kerana sudah terlalu lama berada di hospital.
“Namun sehingga kini, dia tidak pernah meluahkan apa-apa masalah kepada saya. Dia hanya bercakap berkenaan muzik sahaja. Apabila melihat saya, dia terus menyanyi beberapa lagu saya,” jelasnya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra bersama media di Tune Hotel Kuala Lumpur PWTC, di sini, semalam.
Sementara itu, DJ Dave turut merancang meminta Ben menyanyi pada majlis makan tengahari amal bagi mengumpul dana bantuan untuk penyanyi tersebut.
“Mengenai projek bantuan amal itu, masih banyak perkara dalam perbincangan. Setakat ini, Datuk Zainal Abidin berbesar hati untuk menyertai dan membuat persembahan.
“Selain itu, saya sedang berusaha untuk membawa Ben dan memintanya menyanyi dalam majlis tersebut. Memandangkan dia tidak putus-putus bercerita mengenai persembahan nyanyian, saya harap rancangan ini akan menggembirakannya,” jelas DJ Dave.
Majlis makan tengahari dan konsert amal anjuran YA1M bersama Jojo Events ini akan diadakan di Saloma Bistro. Menurut DJ Dave, tarikh untuk majlis berkenaan akan diberitahu pada hari Jumaat ini.
Sumber: Utusan