SEORANG lelaki berusia 47 tahun terperangkap sejauh hampir 10 meter di dalam perigi selepas membersihkan tempat simpanan air itu di rumahnya di Kampung Kerandang, Besut, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.24 petang itu, mangsa yang hanya berseluar pendek dikatakan gagal naik semula gara-gara terlalu penat.
Ekoran kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dipanggil untuk menyelamatkan mangsa.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi Twitter Bomba, mangsa kelihatan seakan-akan pitam setelah diselamatkan dipercayai kekurangan udara di dalam perigi tersebut. –Kedahnews.com