Bomba Baling Selamatkan Pendaki Wanita

Remaja berkenaan dibantu pihak bomba menerusi operasi SAR.
BALING - Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia daerah Baling berjaya menyelamatkan seorang pendaki wanita yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa, Nur Shuhada Mohd Zain, 22, dari Taman Desa Bidara merupakan salah seorang daripada sekumpulan 11 pendaki lain mendaki gunung berkenaan pada kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa, Mohd Sufian Alias berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 10.53 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama kekuatan tujuh anggota.

“Di lokasi kejadian, kita didapati salah seorang remaja perempuan dari sekumpulan 11 remaja mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

"Kumpulan pendaki itu terdiri daripada lapan wanita dan tiga lelaki,” katanya.

Sumber: Sinar Harian