Seorang lelaki yang berang kerana kalah bermain game di komputer dilaporkan telah membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun dengan mencampak kanak-kanak tersebut ke pintu.
Balingan kuat Szymon Brzozowski, 24, itu mengakibatkan kanak-kanak malang terbabit, Lilka terkena rangka besi pintu tersebut.
Meskipun dicampak ke pintu, namun Lilka ketika itu masih sedarkan diri.
Dia bagaimanapun enggan makan atau minum selepas kejadian tersebut.
Hanya selepas dua hari insiden terbabit berlaku, barulah ibunya Angelika membawa anaknya ke hospital dan kanak-kanak malang terbabit meninggal dunia ketika menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.
Angelika sebelum itu cuba menyembunyikan perkara sebenar dan memberitahu Lilka mengalami kecederaan kerana cuai dan sering terlanggar barang ketika berjalan.
Hanya selepas kematian Lilka barulah Angelika memberitahu perkara sebenar kepada polis.
Menurut pendakwaraya, Lilka mengalami kecederaan di tengkorak dan otak. Kejadian itu berlaku di kediaman pasangan berkenaan di Poland.
Polis juga dimaklumkan Szymon sering menggunakan kaedah menghukum anak tirinya dengan memaksa kanak-kanak itu berdiri di satu sudut di rumah atau mengunci Lilka dalam bilik air.
Susulan itu, Szymon telah didakwa di mahkamah kerana mendera Lilka hingga meninggal dunia dan dia turut dituduh mendera mental isterinya serta dua anaknya yang lain. –Kedahnews.com