""Bukan Saya Yang Tergila-Gila..", Luah Hati Fasha Sandha


GENAP setahun pelakon terkenal Fasha Sandha bergelar ibu tunggal setelah diceraikan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dengan talak satu.

Fasha juga kini nampaknya kelihatan lebih gembira bersama dua cahaya matanya selain sibuk menguruskan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

Namun, baru-baru ini timbul pula kontroversi panas apabila Fasha memuat naik gambar bukti di laman Instagramnya memperlihatkan dirinya diganggu oleh individu yang cuba meraih kembali cintanya daripadanya.

Dalam kenyataan itu, Fasha turut menyatakan kebencian keluarga lelaki itu terhadapnya.

Menurut Fasha, selepas berpisah, individu tersebut sering kali mengganggunya dengan membuat beribu-ribu panggilan, mesej, dan sebagainya.

“Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘HASUTAN’ orang yang lama.

“Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas ‘SEBAB-SEBAB TERTENTU’. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya.

“Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila-gila; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI.

“Selepas tidak bersama, Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa-masa yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam. Saya akan gunakan demi membela diri saya, demi MARUAH saya. Belajar menghormati privasi saya,” tulis aktres berusia 33 tahun itu.

Bismillahirahmanirahim. Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita. Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan. . Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. . . Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'HASUTAN' orang yang lama. Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas 'SEBAB2 TERTENTU' Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya.. . Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI Selepas tidak bersama; Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam; saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya. Belajar menghormati privasi saya . . Please Get well soon, to u and family; Akan ku buka satu demi satu. Biar semua orang tau...kisah sebenar. Demi membela diri. . Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. . Agar mereka sedar siapa yang GILA #akudahmoveonkaucariPASAL #semogaINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu #biladahgelabahkauSAMANsanasini #akuadabukti #akubaikkaupijakkepala #kaumasihlagigila #dramaseribuepisod
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha turut menyertakan #Akudahmoveonkaucaripasal, #Semogakeluargakausedarkaugila, #Silainsaf dan beberapa penggunaan hashtag lagi.

Pada masa yang sama, Fasha turut menjelaskan dia membuat pendedahan itu demi kebaikannya dan keluarga agar maruahnya tidak lagi dipijak.

Kenyataan Fasha itu lantas membuatkan peminatnya dapat meneka individu yang dimaksudkan mengganggu Fasha adalah bekas suaminya sendiri, Jejai.


Rata-rata peminat menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Fasha, manakala ada juga yang berpendapat Jejai masih menyayangi Fasha dan perpisahan itu berlaku atas dasar paksaan semata-mata.

Fasha mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Kisah perkahwinan pasangan ini pernah menjadi tumpuan media suatu ketika dahulu kerana Jejai merupakan bekas suami kepada Nora Danish. –Kedahnews.com