Muhammad Uwais Rushdan |
BANDAR BAHARU - Seorang remaja maut di tempat kejadian dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di kilometer 168.9 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Jawi, lewat petang semalam.
Mangsa, Muhammad Uwais Rushdan, 19, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sejati, Sungai Petani selepas berkunjung ke Cameron Highlands bersama rakan tempat kerjanya pada hari yang sama dengan menunggang motosikal.
Menurut bapa mangsa, Rushdan Che Ros,51 anak tunggal lelaki dari lima beradik itu terlalu gembira dan ceria bercerita kepadanya tentang hasrat untuk ke Cameron Highlands pada malam sebelum kejadian.
"Sebelum ini dia tak begitu ramah, biasa saja tapi malam itu dia terlalu gembira dan teruja untuk ke Cameron Highlands. Dia bertanya itu dan ini kepada saya termasuk tempat menarik di sekitar Perak.
"Dia juga ada bertanya saya sama ada pernah pergi ke Kelly Castle di Perak, dan berhasrat untuk mengambil gambar kerana tempat itu cantik dengan menggunakan kamera baru dibelinya bulan lepas," katanya.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dan berbual dengan arwah anaknya itu selepas subuh kira-kira jam 6.30 pagi sebelum mereka bertolak ke sana.
"Lepas subuh itu jumpa dengan dia sekejap sebelum dia bertolak, dia salam semua. Saya hanya tahu berita mengenai kematiannya kira-kira jam 10 malam, semalam (kelmarin) apabila kawan yang membonceng motosikalnya telefon.
"Kawannya kini berada di Hospital Seberang Jaya, ketika kejadian dia pengsan dan tidak mengetahui keadaan anak saya,"katanya.
Lebih menyayat hati, Rushdan berkata pihak polis turut menyerahkan beg arwah yang di dalamnya mengandungi cenderahati untuk adik-adiknya seperti yang dijanjikan dan serbuk teh yang dibeli untuk keluarga.
"Polis ada bagi beg dia dengan bungkusan teh, bila saya buka beg nampak banyak cenderahati rantai kunci yang dipesan adik-adiknya, saya percaya ini hadiah untuk adik-adiknya," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum diberikan kepada waris untuk tindakan lanjut.
"Kita terima maklumat melalui Trafik Bandar Baharu pada jam7.30 petang daripada orang awam memaklumkan kejadian berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mangsa telah meninggal di tempat kejadian dipercayai akibat terbabas ketika menunggang motosikal berdua bersama rakannya," katanya.
Sumber: Sinar Harian