Cuba Raih Perhatian, Hans Isaac "Kasihan" Pada Bekas Kekasih Gabby


SUSULAN status Facebook seorang lelaki, Robin Coenraad yang mendakwa dirinya dipermainkan tunang Datuk Hans Isaac, hari ini menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon dan pengarah itu menjawab tuduhan yang dilemparkan lelaki tersebut terhadap tunangnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson atau nama manjanya Gabby.

Menerusi posting itu, Hans berkata, “Agak dukacita apabila ada orang yang tidak boleh menghormati hari bahagia buat Gabby dan saya, seseorang itu tergamak berbuat demikian bila mana hubungan yang sudah diputuskan setahun lalu diwar-warkan menerusi laman sosial dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi orang lain.”

“Benda ini memang saya tak jangkakan langsung akan berlaku. Lelaki ini (Robin) mungkin tiada benda yang dia nak buat jadi dia mula menggunakan medium media sosial untuk meraih perhatian.

“Merosakkan nama baik insan yang saya sayangi, memang saya tak jangkakan perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya cukup kasihan dengan lelaki tersebut,” tulisnya sebagai mengulas status kontroversi yang ditulis Robin.

Robin mendakwa dia dipermainkan Gabby kerana sepanjang berhubungan dengan Hans, Gabby masih lagi bergelar teman wanitanya.

Malah Robin turut mendakwa sempat ‘bersama’ dengan wanita tersebut beberapa hari sebelum majlis sidang akhbar itu diadakan semalam.

Very unfortunate that some guys can't respect others on such a happy day for gabby and me. When one has ended a relationship years ago and to damage the reputation for other on social media. When it's a day thats important to gabby and me , is uncalled for . This guy has probably nothing going on for him that he need to seek the attention on social media . Damaging the good name of the person I love is uncalled for. All I can say is that I feel sorry for this guy . He need a life . Kesian . Anyway I'm getting married guys 😁😬😬😬😬😬😬be happy for gabby and me . Salam Sayang to all who support us and are spreading good vibes . We only want happiness and love with everyone around us . We shared yesterday announcement as we appreciated what all my fans and supporters have done for me the past many years . Thank u semua . Love u all for ever .
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Hans dan Gabby mendedahkan mereka mula berpacaran sejak setahun lalu.

Dalam muat naik itu juga, Hans juga sempat menitipkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seninya.

Hans dan Gabby semalam mengadakan majlis sidang media mendedahkan tarikh perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 29 Julai depan di gereja St. John’s Cathedral, Kuala Lumpur.

Pasangan ini bertunang pada 29 Januari lalu ketika bercuti di Singapura. – Kedahnews.com