BERANG kerana kekasihnya curang, seorang wanita membalas dendam dengan menjual semua barang milik lelaki itu di depan rumah mereka di Melbourne.
Jualan garaj yang mengandungi barang-barang milik lelaki berkenaan antaranya ialah baju, kasut, permianan video dan cakera padat.
Ia menjadi perhatian selepas satu papan tanda bertulis “bekas kekasih ditangkap curang. Semuanya mesti dilepaskan,”.
Wanita berusia 26 tahun itu merupakan pelajar universiti dan dia berhasrat menggunakan wang hasil jualan tersebut untuk melancong ke luar negara.
“Ia bukannya perpisahan yang baik, ia sangat teruk jadi saya memikirkan sesuatu yang boleh menguntungkan,” katanya.
Selain barang milik lelaki itu, wanita terbabit turut menjual barangannya sendiri seperti kasut tumit tinggi dan beg tangan. –Kedahnews.com