ALOR SETAR - DAP menegaskan keyakinan mereka bahawa Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan memberi sokongan terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau yakin bahawa usul yang bakal dibahas di Dewan Rakyat itu tidak akan meraih sebarang undi dari ahli-ahli parlimen PAN nanti.
"Saya percaya ahli-ahli parlimen dari PAN akan membuang undi tidak setuju mengenai pindaan akta ini," katanya dalam satu kenyataan berhubung pindaan yang memerlukan undi majoriti di parlimen tersebut.
PAN kini mempunyai enam kerusi Parlimen yang dimenangi pemimpin mereka ketika bertanding di atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Sebelum ini, PAN dalam kenyataannya mengambil pendirian menunggu usul RUU 355 itu dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Walau bagaimanapun, parti serpihan PAS itu dijangka akan menolak usul berkenaan perundangan Syariah itu ekoran parti itu turut mengusul pindaan yang hampir sama, namun dikatakan "lebih syumul" berbanding usul yang dibuat Abdul Hadi. - Kedahnews.com