ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang perlu datang berbincang berkenaan sumber bekalan air mentah yang datangnya dari negeri ini bagi kepentingan bersama.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri itu bersikap meminta-minta sedangkan mereka enggan memberi sebarang sumbangan dan kerjasama berhubung sumber air tersebut.
"Kerajaan Pulau Pinang pun perlu kongsilah sama. Jangan hanya habaq nak ayaq saja, tapi kita di sini pula yang perlu sediakan untuk depa. Nak kena jaga kawasan hutan, dia (Kerajaan DAP Pulau Pinang) satu sen pun tak mau bayaq.
"Patutnya, perlu ada rundingan antara dua kerajaan negeri. Dia perlu tahu apa yang patut dia bantu. Ini takdak langsung, dia dok sebut nak ayaq saja," katanya kepada Kedahnews.com berhubung gesaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) yang mahu pembalakan haram di Hutan Simpan Ulu Muda.
PBAPP sebelum ini dalam satu kenyataan telah menggesa Kerajaan Negeri Kedah supaya segera melarang aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Ulu Muda dan mewartakan hutan simpan ini sebagai hutan tadahan air.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah menegaskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tahu tentang sumber bekalan air mereka datangnya dari Kedah dan sepatutnya mereka mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk bermuafakat berhubung isu tersebut demi kepentingan rakyat.
"Ini kita panggil bincang pun depa takmau. Itu bukan satu sikap kerajaan yang baik. Jadi kita pun bertegaslah dalam hal ini. Sepatutnya kita antara dua kerajaan perlu ada persefahaman demi kepentingan rakyat.
"Sumber air datang daripada Kedah, dia patutnya kena ada sumbangan. Ataupun, kenalah duduk berbincang," katanya yang kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hanya tahu membidas dan meminta-minta, tapi kurang bertanggungjawab.
Jelas beliau, Kerajaan Negeri Kedah ada meminta supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir berbincang berkenaan sumber air mereka yang datangnya dari negeri ini, namun pelawaan tersebut ditolak.
Katanya, Kerajaan pimpinan DAP itu memberi alasan bahawa sumber air itu datangnya dari Tuhan dan tidak sepatutnya menjadi isu kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk menidakkan hak negeri Pulau Pinang.
Ahmad Bashah berkata, beliau telah pun mengarahkan Jabatan Perhutanan untuk memantau dengan lebih teliti dan mempertingkatkan penguatkuasaan di setiap hutan simpan di negeri ini berhubung sebarang aktiviti pembalakan haram.
"Kita ada minta Jabatan Perhutanan ambil tindakan dan lipat gandakan usaha membanteras pembalakan haram ini. Ada yang sudah ditangkap pun, balak pun dirampas.
"Itu tugas Jabatan Perhutanan dan saya mengarahkan supaya memperkemaskan lagi bahagian penguatkuasaan ini," tegasnya lagi.

Ahmad Bashah berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas
menyempurnakan Majlis Penyerahan BR1M bagi daerah Kota Setar yang
berlangsung di Pejabat Daerah Kota Setar, yang turut dihadiri ribuan penerima, di sini.- Kedahnews.com.