Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad |
SEOUL - Korea Utara membalas semula tindakan kerajaan dengan mengisytiharkan duta Malaysia sebagai "persona non grata" dan mengarah supaya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam bermula 10 pagi Ahad (kelmarin), lapor agensi berita KCNA.
Menariknya, Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad lebih awal lagi telah pun dipanggil pulang ke Malaysia dan dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Februari, lebih dari seminggu yang lalu.
Pada Sabtu lepas, Duta Korea Utara, Kang Chol dianggap sebagai "persona nan grata" dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia selepas kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar.
Selain itu, Kang Chol turut enggan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis susulan dari dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Memetik laporan mStar, Kang Chol menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH360 ke Beijing sebelum transit untuk ke Pyongyang pada pukul 6.25 petang, semalam. - Kedahnews.com