KEHADIRAN cahaya mata dalam sesebuah rumah tangga yang dibina menjadi pelengkap dan bukti keutuhan mahligai yang dibina.
Begitu jugalah harapan pelakon Mr Donat Karamel; Hafidz Roshdi apabila disuprisekan oleh isterinya; Nurul Shuhada tentang kehamilan pertamanya yang kini berusia tiga bulan.
Perkahwinan Hafidz dan Shuhada kini memasuki usia lapan bulan selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Hafidz menerusi sebuah laman berita berkata dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi bapa di usia muda.
“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan zuriat apabila saya benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini.
“Alhamdulilah selepas lapan bulan berkahwin Tuhan makbulkan. Saya sangat gembira dan tidak sangka apabila bakal bergelar bapa pada usia muda,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, aktor berusia 23 ini memberitahu dia mengidamkan cahaya mata kembar lelaki sebagai penyeri rumah tangganya sekiranya diberi peluang, namun jika tidak, dia dan Shuhada bersyukur sahaja dengan anugerah terindah dari yang Maha Kuasa itu.
“Kalau boleh nak anak kembar lelakilah. Sebab keluarga abah dan sebelah mentua pun ada anak kembar, kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun tak mengapalah,” ujarnya kepada Media Hiburan.
Sama-sama kita doakan semoga kandungan isteri Hafidz sihat dan segala urusan dipermudahkan. -Kedahnews.com