ALOR SETAR - Masalah harga ikan kembung melambung tinggi baru-baru ini boleh di atasi sekiranya nelayan dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) memainkan peranan dengan mengawal stok ikan bagi jualan musim tengkujuh.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan, berkata harga ikan kembung yang melambung tinggi awal tahun ini boleh dikawal jika perancangan awal dibuat dengan menyimpan stok ikan bermula dari bulan Jun sehingga September setiap tahun.
"Oleh itu kita minta Nekmat, persatuan ikan yang lain dan pengusaha lain untuk menyedia dan mempertingkat fasiliti penyimpanan stok ikan masing-masing bagi mengelakkan kekurangan bekalan tersebut terutamanya pada akhir tahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perundangan Industri (MPI) Pemodenan Vesel Penangkapan Ikan kelmarin.
"Ketika musim tangkapan yang banyak itu, harga seperti ikan kembung mampu jatuh sehingga bawah RM1 sekilogram dan ini adalah masa yang sesuai untuk mereka membeli dan simpan untuk dijual semula pada musim tengkujuh," katanya.
Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapati tangkapan ikan akan berkurangan bermula November sehingga Mac kerana sekitar Jun hingga September, ikan akan mula bertelur dan akan ambil masa selama lapan bulan untuk matang dan faktor ini sedikit sebanyak akan mengganggu pendapatan nelayan.
"Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah pendapatan nelayan juga berkurangan kerana mereka tidak turun ke laut menangkap ikan," ujarnya lagi.
Oleh itu, LKIM menjangka masalah harga tinggi ikan kembung jenis borek dan kembung pelaling akan turun dari RM22 sekilogram kepada harga normal bermula bulan April ini.
Tambahnya, LKIM juga berjanji akan cuba perbaiki masalah kekurangan ikan dan harga ikan bagi mengatasi kos import ikan dari negara jiran yang ditanggung kerajaan sehingga RM1 bilion setiap tahun.
"Bagi melaksanakan program ini, LKIM akan melihat dan menambah baik kemudahan yang diperlukan nelayan terutama untuk menyimpan stok ikan berskala besar pada satu-satu masa," katanya. - Kedahnews.com