Sebahagian peserta terbabit dalam Program Jom Ikrar & Kesedaran Pendermaan Organ 2017. |
ALOR SETAR - Kurang maklumat berkaitan pendermaan organ dikhuatiri menyebabkan bilangan individu berikrar sebagai penderma agak rendah.
Menyedari senario itu, Pasukan Perolehan Organ dan Tisu (Tissue and Organ Procurement Team-TOP) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menganjurkan Program Jom Ikrar & Kesedaran Pendermaan Organ 2017, baru-baru ini.
Menurut Penyelaras TOP HSB, Dr S.R.N Kerpagam, program berkenaan disertai kira-kira 263 peserta terdiri dari kakitangan kesihatan berkaitan pendermaan organ.
“Melalui program sebegini, kami berharap dapat memberi pendedahan mengenai perlaksanaan kempen kesedaran pendermaan organ itu.
“Malah, ia diharapkan mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam usaha mempromosikan pendermaan organ,” katanya.
Antara aktiviti diadakan termasuk, taklimat pengenalan pendermaan organ, mati otak dan pendermaan organ dari perspektif Islam serta forum keluarga penderma.
Dalam pada itu, Kerpagam berkata, pihaknya berharap peserta dapat membentuk pelan pelaksanaan program promosi pendermaan organ di peringkat daerah dan hospital berpandukan maklumat diterima mereka semasa program.
"Kita sasarkan bilangan penderma organ meningkat melalui kempen ini dalam usaha menyelamatkan lebih banyak nyawa," katanya.
Terdahulu, program berlangsung di Auditorium HSB bermula seawal jam 8 pagi dirasmikan Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Turut hadir, penasihat pusat transplan nasional, Datin Dr Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor.
Sumber: Sinar Harian