Abd Razak menunjuk hasil kerja tangannya yang kini menjadi sumber pendapatannya. |
PERSEKITARAN kehidupannya yang dikelilingi oleh bukit bukau dan hutan memberi ilham kepada seorang warga emas di Kuala Nerang, di sini untuk melibatkan diri dalam dunia pertukangan kayu.
Pelbagai jenis kayu yang boleh diperoleh membolehkan Abd Razak Lebai Lateh, 70, dari Kampung Musa, di sini melibatkan dirinya dalam bidang itu walaupun tanpa sebarang pengalaman.
Menurutnya, minatnya terhadap pertukangan kayu itu menyebabkan dia hanya belajar secara pemerhatian setiap kali pergi melawat ke bengkel.
"Bila pulang saya terus cuba hasilkan pelbagai produk hinggalah ada pihak mula berminat dan menempahnya. Bila dah dapat perhatian masyarakat kampung, saya cuba pasarkannya di kedai sekitar kawasan itu.
"Alhamdulillah sambutan sungguh membanggakan hingga pada hari ini banyak tempahan sudah saya terima daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya seperti kukur kelapa, sarung golok, lesong, sodek, hulu cangkul dan patung kepala rusa,” katanya.
Pelbagai jenis kayu yang mudah didapati membolehkannya mampu mencipta pelbagai hasil kraf tangan kerana setiap produk yang dicipta memerlukan kayu yang bersesuaian.
Di antara kayu yang sering digunakannya untuk hasil pekerjaan tangannya itu ialah dari pokok nangka, setol, halban, kemuning dan pukul lima.
Kesemua jenis pokok itu mudah didapati malah lebih tahan lama dan mudah diukir.
Abd Razak berkata, selain kemahiran, bidang itu juga memerlukan kesabaran yang tinggi.
"Setiap kesabaran itu merupakan kunci kejayaan bagi menghasilkan setiap produk berkualiti.
“Kecantikan setiap produk yang dihasilkan bergantung kepada seni dan ketelitian pada setiap barangan itu. Oleh itu tidak hairanlah produk hasil tangan kita akan mendapat perhatian dari masyarakat sekitar mahu pun dari luar,” katanya.
Tambahnya, setiap nilai hasil tangannya yang dikenakan bayaran itu bergantung kepada jenis dan uniknya barangan itu.
"Bagaimanapun hasil kerja tangan itu harganya adalah berpatutan sekitar RM2 hinggalah RM300 dan ini bersesuaian dengan keadaan persekitarannya," katanya.
Walau bagaimanapun katanya, dia masih terkilan kerana tidak dapat memiliki mesin yang lebih canggih kerana ramai yang datang untuk menempah pelbagai barangan seperti rehal dan papan jongkak yang tidak dapat dilakukan.
“Oleh itu saya berharap ada pihak agensi kerajaan dapat membantu bagi memiliki mesin serb aguna itu supaya lebih banyak lagi produk berasaskan kayu dapat dihasilkan,” katanya yang kini menjadikan kraf tangan itu sebagai sumber pendapatan utamanya.
Sumber: Sinar Harian