Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan negara-negara Komanwel yang maju memberi bantuan teknik oleh kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur. Menerusi rancangan ini, negara kita telah memperolehi faedah di mana negara seperti Australia, New Zealand, Britain dan Canada telah memberi biasiswa kepada pelajar kita untuk menuntut di institusi pengajian tinggi di sana.
Salah seorang anak tempatan yang terpilih adalah Shaharir Mohamad Zain, seorang anak jati Pasir Puteh, Kelantan.
Dari tahun 1953 hingga 1958, beliau mendapat pendidikan awal di SRK Kampong Raja, Pasir Puteh. Pada tahun 1967, beliau lulus cemerlang untuk Peperiksaan Kemasukan Khas Universiti Malaya (Aliran Sains), dan juga memperoleh sijil GCE Cambridge University (Aliran Sains).
Berbekalkan latar awal pendidikan ini, Shaharir mencuba nasib sebagai kumpulan awal bagi aliran sains tingkatan 6, yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
Pada tahun 1967, Shaharir mendapat biasiswa Rancangan Colombo dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di luar negara.
Shaharir merupakan pelajar perintis dari aliran Melayu yang dihantar ke seberang laut.
Pada tahun 1971, beliau memperoleh B.Sc Hons Kelas II Atas dalam bidang Matematik Tulen dan Gunaan dari La Trobe University dengan menyelesaikan tesis yang berjudul, ‘Dirac Monople’. Selain itu, beliau juga memperoleh Diploma in Education dari universiti yang sama.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mendapat tawaran sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tidak lama kemudian, sekali lagi beliau mendapat tawaran Biasiswa Rancangan Colombo untuk melanjutkan pelajaran pasca-siswazah di universiti yang sama.
Pada tahun 1975, beliau menjadi anak Melayu pertama yang memperoleh PhD dalam bidang matematik dengan judul tesisnya, ‘The Formulation of Quantum Action Principle via Gateaux Variation’. 6
Sebelum itu, pada tahun 1974, beliau telah dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Matematik, UKM. Sehingga 1979, beliau ditugaskan sebagai Ketua Jabatan Matematik, dan kemudian dilantik sebagai Profesor Madya juga di jabatan yang sama.
Pada tahun 1979 juga, selama sembilan bulan beliau menjalan cuti sabatikal dengan biasiswa ‘Commonwealth University Interchange Scheme’ dan ditempatkan di University of Warwick, England. Kesempatan ini beliau manfaatkan untuk melakukan penyelidikan mengenai ‘sifat generik sistem Hamiltonian.’
Bersandarkan latar belakang akademik yang cukup kuat ini, pada tahun 1983, Shaharir telah dilantik sebagai profesor Fizik-Matematik, dan pada tahun 1984, dilantik pula sebagai Pengarah Pusat Pengajian Kuantitatif.
Setelah itu, pada tahun 1985, professor muda ini mendapat biasiswa ‘Fullbright Scholarship’ untuk menjalankan penyelidikan di University of California, Santa Cruz, USA, dengan fokus kepada ‘formulasi mekanik kuantum dengan kamiran lintasan.’
Pada 1988 hingga 1994, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UKM. Pada tahun 2004, ahli akademik terawal UKM ini bersara wajib.
Pada 2005, Shaharir dilantik sebagai Penyelidik Khas di INSPEM, UPM untuk melakukan kajian mengenai etnomatematik dan pada tahun 2006 hingga 2008 dilantik sebagai profesor kontrak di UMT.
Sebagai seorang cendikiawan sejati, Shaharir telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan temasuk Zamil Akademi Sains Malaysia (FAcS) (sejak 1996), Ahli Kehormat Muslim Association for the Advancement of Science (MAAS) (sejak 1993), disenaraikan dalam World Directory of Matematician (IMU, 7 ed) pada 1982, Zamil Institut Fizik Malaysia (FIPM) antara 1989-2003, Chartered Mathematician (IMA, United Kingdom) antara 1993-2003, Zamil Institute of Mathematics and Its Application (FIA) di Cambridge, United Kingdom antara 1987-2003, Zamil International Institute of Islamic Thought (Malaysian Chapter) antara 1996-2003.
Siapa sangka lelaki tua berjambang dan berpenampilan marhaen ini sebenarnya adalah pakar matematik negara yang telah banyak menyumbang kepada penyelidikan dan kemajuan sains tanah air.
Salut pada ‘the one and only’…Professor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain!

Sumber: SyahrilKadir.com